Travelling with cat/ perjalanan bersama kucing

Hai semua. Untuk entry kali ni, jom kita sembang dan kongsi cerita travel dengan kucing atau dengan haiwan peliharaan anda. Susah tak? Seronok tak? Jom share cerita kat sini. Nanti cerita anda boleh dijadikan rujukan untuk orang lain.

Macam biasa, video Hannah Shaw aka kittenxlady dijadikan panduan untuk travel dengan kucing. Tidak kira sama ada perjalanan yang jauh atau dekat, persiapan untuk bawa si comel bulus anda juga perlu ada supaya perjalanan anda lebih selesa dan menyeronokkan.

Persiapan

Beg kucing/pet carrier atau sangkar kucing. Mengikut keselesaan kucing dan anda sendiri. Jika kereta anda luas, sangkar kucing lebih selesa. Apatah lagi jika usia kucing anda yang dewasa dan mereka perlu untuk buang air mengikut waktu sendiri.

Pasir kucing atau tisu basah atau lampin/pampers

Bagi kucing dewasa yang mempunyai waktu sendiri untuk membuang, pasir adalah perlu. Saiz sangkar yang luas juga boleh memuatkan ‘tandas’ kucing anda. Jika tidak, anda boleh meletakkan pasir di dalam kereta tapi tidak digalakkan kerana ianya tidak selesa buat anda sendiri.

Pampers atau lampin juga sesuai. Boleh didapati di kedai kucing atau kedai Daiso. Penggunaan pampers lebih sesuai untuk kucing berekor panjang kerana kucing sukar untuk membuang pampers dari badan mereka.

Bagi anak kucing yang masih kecil dan perlukan bantuan untuk membuang air, tisu basah diperlukan supaya anda boleh mengelap kotoran yang melekat pada tubuh kucing. Tisu basah TIDAK BOLEH mengandungi bahan awet atau alcohol. Lebih mudah jika anda menggunakan non-alcoholic atau natural wet tissue.

Selimut lembut

Penghawa dingin di dalam kereta mungkin pada manusia adalah suhu biasa namun pada kucing lebih lagi kucing di Malaysia, agak sejuk. Jadi sediakan selimut untuk si comel bulus anda.

Heating pad

Heating pad perlu pada anak kucing untuk memanaskan badan mereka dan mengelak daripada mereka menangis akibat kesejukan. Anda juga boleh meriba kucing sepanjang perjalanan kerana mereka mungkin mabuk perjalanan dan memerlukan suhu badan manusia untuk membuat mereka selesa.

heating pad

Susu dan makanan kucing

Sebaiknya berikan kucing anda makan seawal yang mungkin sebelum anda memulakan perjalanan. Begitu juga dengan menyusu kucing. Ini adalah untuk mengelakkan kucing muntah akibat mabuk kereta atau tidak biasa berjalan jauh.

Beri kucing makan apabila berhenti di RnR supaya mereka tidak kelaparan dan pastikan mereka buang air sebelum anda kembali meneruskan perjalanan supaya anda akan lebih selesa dan si bulus anda juga tidak stress dan trauma berjalan jauh.

 

Panduan diatas adalah mengikut pengalaman purradisecat sendiri, nasihat daripada pakar dan pengalaman dari catlover yang lain. Tujuannya adalah untuk memastikan anda dan si bulus comel anda seronok di sepanjang perjalanan. Bagi sesetengah kucing mungkin tidak banyak ragam namun dari pengalaman yang berbeza, mungkin perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Jumpa lagi…

Video by Hannah Shaw