Kitten rescue / selamatkan anak kucing

Apakah yang perlu dilakukan apabila menemui anak kucing terbuang atau anak kucing kecil yang masih menyusu?

  1. Cari ibu kucing terlebih dahulu. Kemungkinan ibu kucing keluar untuk mencari makanan
  2. Periksa keadaan anak kucing. Jika tubuh anak kucing kurus dan mempunyai tahi mata, kemungkinan besar telah ditinggalkan ibunya. Anak kucing dibawah jagaan ibu selalunya akan berisi dengan susu dan badannya sentiasa dibersihkan oleh si ibu.
  3. Bawa anak kucing berjumpa dengan veterinar. Anak kucing yang terbiar akan terdedah kepada penyakit. Namun harus hati-hati. Anak kucing yang baru dilahirkan atau belum cukup (brp bulan) tidak boleh menerima suntikan.
  4. Jika tidak sempat ke veterinary, bawa pulang anak kucing ke rumah dah sediakan seperti di bawah:
    1. Kotak/rumah kucing
    2. Selimut/ tuala lembut
    3. Heating pad/ alat pemanas/ botol yang mengandungi air panas. Tujuannya untuk memanaskan tubuh anak kucing
    4. Botol susu untuk anak kucing/ picagari
    5. Susu formula anak kucing. JANGAN beri susu formula untuk manusia, susu tin, susu lembu dll. Anak kucing berkemungkinan boleh terkena sembelit atau buasir akibat penghadaman yang tidak baik.
    6. Vitamin (jika perlu)
  5. Bersihkan tubuh anak kucing jika kotor tapi JANGAN mandikan anak kucing dengan air. Guna tisu basah sudah memandai. Pastikan tubuh anak kucing kering.

nah video cara-cara selamatkan anak kucing tanpa ibu

 

Cara menyusukan anak kucing

Anak kucing memerlukan tidur dan susu yang banyak untuk membesar. Tubuh anak kucing tidak sama dengan anak manusia oleh itu cara susuan juga tidak sama. Rujuk video di bawah. Cubaan pertama mungkin agak sukar tapi lama-kelamaan anak kucing dan anda sendiri akan dapat menyesuaikan diri.

Jika anak kucing masih tidak dapat membiasakan diri menyusu menggunakan botol, rendam susu dalam kapas dan lap susu pada mulut anak kucing.

Cara menolong anak kucing membuang air

Selepas anak kucing minum susu, si ibu kucing akan menjilat bahagian tempat buang air anak kucing. Bagi anak kucing yang diselamatkan tanpa ibu, boleh

  1. Menggunakan tisu basah atau kapas basah.
  2. Selepas disusukan, lap bahagian punggung atau tempat buang air kecil anak kucing berkali-kali secara lembut. Anak kucing kan diransang untuk membuang air dengan sendirinya.
  3. Lap tempat kotoran secara lembut kerana badan anak kucing mudah terluka dan mengakibatkan jangkitan.

Anak kucing cepat membesar jadi apabila telah melepasi had umur (beberapa bulan) tertentu, anak kucing boleh mula menjaga diri sendiri. Penjagaan anak kucing akan menjadi semakin mudah dan disiplin anak kucing juga lebih senang dibentuk.

Jumpa lagi pada masa akan datang untuk penjagaan anak kucing supaya berdikari…